BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 10 May 2012

Pendidikan Jasmani Penting atau Tidak

Sikap kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (pjk) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu, universiti kebangsaan malaysia (ukm) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu pjk untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.Profesor madya dr. norimah a karim berkata, masa untuk pjk ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.


``guru menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada pjk bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan,'' katanya kepada utusan malaysia. beliau ditemui pada majlis pertandingan senamrobik dan lukisan sempena kempen sekolah sihat nestle - kementerian pendidikan di petaling jaya, selangor, baru-baru ini.

kajian yang diketuai oleh ketua jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu ukm, profesor dr. mohd ismail noor itu telah dijalankan pada tahun 2001.
seramai 12,000 murid daripada pelbagai kumpulan etnik dan kawasan dari seluruh semenanjung malaysia dipilih menjadi responden.

borang soal selidik disediakan dalam tiga bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil dan diedarkan di sekolah bandar dan luar bandar. bidang yang ditanya dalam soal selidik itu ialah tabiat pemakanan murid yang meliputi sarapan, makanan ringan dan minuman serta pengetahuan mengenai makanan berkhasiat.

dr. norimah seterusnya berkata, keadaan itu menyebabkan murid menjadi lebih malas untuk melakukan aktiviti fizikal sekali gus menyumbang kepada masalah kegemukan.
``sudahlah di rumah, murid tidak melakukan aktiviti fizikal, di sekolah juga keadaannya begitu dan ini boleh menyebabkan masalah lain pula yang muncul,'' ujarnya.
masalah itu jelasnya ialah berkaitan dengan pelbagai penyakit berkaitan kegemukan seperti paras kolestrol atau gula yang tinggi dalam darah. selain itu, kajian turut mendapati sebanyak 30 peratus murid sekolah rendah di semenanjung malaysia tidak mengambil sarapan sebelum ke sekolah.

menurut dr. norimah, kajiannya mendapati terdapat beberapa sebab kenapa ia berlaku dan yang paling utama ialah murid tidak sempat bersarapan.
faktor tidak sempat juga katanya, menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan sarapan untuk anak-anak. menurutnya, ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan kerana murid terpaksa ke sekolah pada awal pagi.

kajian mendapati, murid keluar rumah terlalu awal iaitu sekitar 6.30 pagi sekali gus menyebabkan ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan.
``bas sekolah datang terlalu awal menyebabkan murid terpaksa keluar rumah awal,'' katanya.
dr. norimah juga berkata, suasana waktu pagi yang terlalu awal turut menjejaskan selera makan murid. katanya, murid menjadi tidak selera untuk sarapan dan akhirnya ke sekolah dengan perut kosong.
beliau menjelaskan, kegagalan murid mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh menjejaskan tumpuan mereka di kelas.
``belajar dalam keadaan perut kosong menyebabkan murid hilang tumpuan terhadap apa yang diajar guru di kelas.
``kesan jangka panjangnya ialah ia boleh menjejaskan pencapaian akademik murid dan ini telah pun terbukti daripada kajian yang pernah dilakukan di amerika syarikat,'' katanya.
justeru beliau menasihatkan ibu bapa supaya menyediakan sarapan yang ringkas seperti roti atau sandwich.

menurutnya, ibu bapa boleh mempelbagaikan sandwich yang disediakan seperti sandwich telor; sandwich tuna atau sandwich sardin.
``tidak perlulah menyediakan sarapan yang rumit untuk dimasak seperti nasi lemak atau mee goreng.
``cukup sekadar roti sandwich yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi lebih berkhasiat,'' katanya.
dr. norimah berkata, penemuan lain dalam kajian itu ialah sebanyak 25 peratus murid mengalami masalah lebih berat badan; 76 peratus murid tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada waktu lapang dan 32 peratus murid tidak makan malam bersama keluarga.
``murid menjadi gemuk kerana kurang aktiviti fizikal. mereka lebih suka mengisi masa lapang dengan menonton televisyen; permainan video atau komputer,'' katanya. 
 
sumber
rohana man
utusan malaysia 27 oktober 2003

Nota Pendidikan Jasmani & kesihatan

http://www.scribd.com/doc/8566099/Pendidikan-Jasmani-Kesihatan

Wednesday 9 May 2012

Kriteria Pembentukan Kurikulum

Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3:
i. Berpusatkan Subjek
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Masalah

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek


Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i. Reka Bentuk Matapelajaran
ii. Reka Bentuk Disiplin
iii. Reka Bentuk Bersepadu
iv. Reka Bentuk Korelasi
(a) Reka Bentuk Matapelajaran
Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.
(b) Reka Bentuk Disiplin
Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan.Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.
(c) Reka Bentuk Bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.
(d) Reka Bentuk Korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang. Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-subjek yang berlainan.Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar. Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.
(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.
(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.
Reka Bentuk Berpusatkan Masalah
Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.
(a) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan
Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi. Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kurikulum yang terbentuk dalam reka bentuk ini akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.
(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat
Reka bentuk mi berorientasikan masyarakat, reka bentuk ini mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.
Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum
Kurikulum PJ yang jitu bercirikan:
a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah.
b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.
c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya.
d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.
e. Ianya bepegang teguh atau bersifat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.
f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.
g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.h. Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.
Kepentingan Pendidikan Jasmani
Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif
b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani.
c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar.
d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan perpaduan dapat di gabungkan dengan mudah.
e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.
f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.
Disedut dari blog MR BURN Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, IPGM Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

Monday 7 May 2012

Woodball

Adakah anda pernah mengetahui apa itu WOODBALL? untuk entri kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah WOODBALL.

LATAR BELAKANG WOODBALL.

Woodball pertama kali ditemui pada tahun 1990 oleh Mr. Weng Meng Hui, Mr. Kuang-Chu Young yang berbangsa Taiwan. Sukan ini asalnya sukan rekreasi dan mereka cipta secara tidak sengaja pada saat mereka mempunyai keinginan untuk membangun sebuah taman untuk dipersembahkan kepada orang tua mereka, supaya orang tua mereka boleh berjalan-jalan dengan santai sambil menikmati keindahan alam di Nei-Shuang-Hsi yang berada di Shih-Lin, Taipei, Taiwan.

APA ITU WOODBALL??
*Permainan Woodball ialah permainan yang memerlukan setiap pemain mempunyai sebiji bola kayu sebesar bola boling padang yang mewakili setiap pemain.
* Permainan ini memerlukan setiap permain memukul bola menggunakan kayu pemukul khas sehinnga bola memasuki dan melepasi gates / goal.


Ini merupakan contoh cara permainan WOODBALL.
Kelengkapan untuk permainan WOODBALL    




1) Ball (bola kayu)

2) Mallet (kayu pemukul)
3) Gate (pintu kecil)
4) Woodball Course (laman woodball)


Terdapat  beberapa istilah dalam permainan  WOODBALL antaranya ialah:
1.Course  - padang permainan
2.Wicket  - pintu kecil diperbuat dari kayu
3.Ball   - bola
4.Mallet   - tukul berkepala dbuat dari  kayu
5.Mallet Head   - kepala tukul
6.Fairway   - laluan padang permainan
7.First Shot  - pukulan pertama
8.Hitting   - memukul
9.Touch   - sentu
10.Double Contact  - menjadikan dua kali sentuhan
11.Wicket Area  - kawasan pintu
12.Pick Up  - mengutip
 
SENARAI NEGARA YANG MEMPUNYAI LAMAN WOODBALL: 
 
ÒTAIWAN
  (Grand Garden Woodball Course (the first woodball course in the world)
ÒSINGAPORE
ÒMALAYSIA
ÒCHINA (Shenyang)
 




LAMAN-LAMAN WOODBALL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA:


OUG Woodball Garden, Kuala Lumpur (1996)
Lanjut Woodball (1999)
Laman Woodball Indera Mahkota (2001)
Laman Woodball Peramu, Pekan (2002)
Laman Woodball SM Bistari, Johor (2002)
Laman Woodball Kertih, Kemaman, Terengganu (2003)
Laman Woodball Muadzam Shah (2004)
Laman Woodball Cameron Highlands (2005)
Laman Woodball Fraser’s Hill ( 2005)
Laman Woodball Kuala Rompin (2005)
• Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur (2006)
Laman Woodball Balok MPK, Kuantan, Pahang (2007)
Kangar Woodball , Perlis (2009)
UiTM Arau, Perlis Woodball(2010)

 LAMAN WOODBALL DIPAHANG:

ÒLaman WooLanjut Woodball Course
Òdball Indera MahKota
ÒSg. Semuji Resort
ÒKompleks Belia Kuantan
ÒPeramu, Pekan
ÒLaman Woodball Muadzam Shah
ÒCameron Highlands
ÒFraser’s Hill
ÒKuala Rompin
ÒBerjaya Tioman Resorts Woodball Course


LOGO WOODBALL